PERKESO
Arahan
Terma dan Syarat
Terma dan Syarat Penyedia Latihan
 
Saya bersetuju dan berjanji dengan terma dan syarat berkaitan dengan penyedia latihan yang ditetapkan oleh peraturan dalam seksyen 44 yang termaktub di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800):
(i) Bersetuju dan berjanji akan menyediakan latihan yang telah diluluskan oleh PERKESO, di tempat dan masa seperti yang dipersetujui.
 
(ii) Akan sentiasa mematuhi segala terma dan syarat perjanjian yang ditetapkan oleh PERKESO;
 
(iii) Akan sentiasa menyediakan latihan mengikut jadual yang ditetapkan, bersungguh-sungguh, dan bertanggungjawab dalam mendukung usaha dan aspirasi PERKESO bagi pembangunan modal insan negara;
 
(iv) Tidak akan melakukan dan/atau bersubahat atau terlibat dalam penipuan, penyelewengan, pengisytiharan tidak benar untuk mendapatkan manfaat daripada PERKESO;
 
(v) Tidak akan menyalahgunakan maklumat dan/atau apa jua hakmilik PERKESO untuk kepentingan diri sendiri atau mana-mana pihak yang berkepentingan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak PERKESO;
 
(vi) Tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama baik, integriti dan reputasi PERKESO;
 
(vii) Akan melaporkan dengan segera kepada PERKESO sekiranya terdapat sebarang cubaan atau tindakan oleh mana-mana pihak yang boleh ditafsirkan sebagai bertentangan dengan peruntukan Akta SIP 2017 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.
 
(viii) Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut terma dan syarat mengikuti latihan PERKESO dan perkara-perkara yang termaktub di bawah Akta SIP 2017, Akta SPRM, 2009 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.
 
  Saya telah membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat bagi Garis Panduan Permohonan Latihan