PERKESO

PORTAL FAEDAH SISTEM INSURANS PEKERJAAN

PERMOHONAN UNTUK FAEDAH

Arahan

Terma dan Syarat
Maklumat Am
Nota: ASIP ialah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017
 
(i) Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan [Seksyen 28, ASIP]. Kelewatan dalam menghantar permohonan ini akan menyebabkan tuntutan faedah tidak dapat diproses.
 
(ii) Sila semak dan simpan slip permohonan setelah permohonan dihantar.
 
(iii) Dokumen asal mestilah dibawa bersama semasa perjumpaan dengan pegawai PERKESO.
 
(iv) Sebarang pertanyaan atau masalah boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 1300-22-8000 atau mengunjungi Pejabat PERKESO yang berhampiran.
 
Senarai bank
 
(i) Pembayaran akan dilakukan melalui pemindahan wang secara elektronik. Sebarang masalah dengan kaedah ini, boleh berhubung dengan pegawai PERKESO serta membuat perakuan maklumat bank.
 
(ii) Pembayaran hanya akan dilakukan bagi bank yang tersenarai. Sila rujuk kepada senarai bank yang disertakan:
(1) AFFIN BANK
(2) AGRO BANK
(3) AL RAJHI BANK
(4) ALLIANCE BANK
(5) AM BANK
(6) BANK ISLAM
(7) BANK MUAMALAT
(8) BANK OF AMERICA
(9) BANK OF TOKYO MITSUBISHI (M) BHD
(10) BANK PERTANIAN MALAYSIA
(11) BANK RAKYAT
(12) BANK SIMPANAN NASIONAL
(13) BNP PARIBAS MALAYSIA
(14) CIMB BANK
(15) CITIBANK
(16) DEUTSCHE BANK (M) BHD
(17) HONG LEONG BANK
(18) HSBC BANK
(19) IND & COM BANK OF CHINA
(20) J.P. MORGAN CHASE
(21) KUWAIT FINANCE HOUSE
(22) MAYBANK
(23) MIZUHO CORPORATE BANK (MALAYSIA) BERHAD
(24) OCBC BANK
(25) PUBLIC BANK
(26) RHB BANK
(27) ROYAL BANK OF SCOTLAND
(28) STANDARD CHARTERED BANK
(29) SUMITOMO MITSUI BANK
(30) UNITED OVERSEAS BANK
 
Notis Kenyataan
 
(i) Permohonan yang lengkap akan dibuat pengesahan oleh pegawai PERKESO. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
 
(ii) Salinan dokumen utama hendaklah dilampirkan bersama dengan permohonan ini.
(a) Salinan kad pengenalan
(b) Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanya)
(c) Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerjaan)
(d) Salinan akaun bank
Dokumen sokongan
(e) Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.)
(f) Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak
(g) Lain-lain:nyatakan (dokumen berkaitan dengan kes)